Ahmad Maslan? Ahmad Maslan tidak pernah
kering idea untuk berkongsi pandangan mengenai isu kenaikan harga minyak
di Malaysia baru-baru ini (SEPERTI DI SINI). Terbaru….Beliau ada mengatakan kenaikan harga minyak ditentukan oleh harga minyak dunia dan golongan yang berpendapatan tinggi tidak layak menikmati subsidi.
Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan terlupa
yang mana golongan kaya/berpendapatan tinggi yang membayar &
menyumbang cukai pendapatan tinggi kepada negara. Jadi mereka
sememangnya berhak mendapat subsidi yang disalurkan kerajaan. Bukan apa,
harga minyak perlu dikawal kerana harga minyak yang tinggi mengakibatkan semua harga barang lain meningkat.
Yang perlu dikawal sekarang, adalah
kemasukan berjuta-juta warga asing di Malaysia. Sekarang ini
beratus-ratus ribu warga asing menunggu giliran untuk dibawa masuk ke
Malaysia selepas berjaya menerima lampu hijau daripada kerajaan
Malaysia. Ini yang menjadi bebanan tinggi kepada negara….Hakikatnya?
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan
Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan
jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada
subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
“Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.“Lain…mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia,” katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.
“RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya,” katanya.“Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal,” katanya lagi.
Subsidi kurang? Realitinya harga minyak tetap naik…
Harga Minyak Dunia Turun, Harga Minyak di Malaysia Naik?
Subsidi?
Benarkah? Sehingga ke hari ini kerajaan masih belum menerangkan secara
jelas pembahagian subsidi secara jelas bagi harga minyak di Malaysia.
Sedangkan, semakan Berita Semasa di
laman rasmi harga minyak dunia yang dikemaskinikan secara real time di
(http://www.oil-price.net) menunjukkan berlaku pola penurunan harga
minyak dunia. Hakikatnya, kenaikan harga petrol dan diesel pada kali ini
adalah pertama kalinya dibuat pada masa harga minyak mentah secara
puratanya menunjukkan pola penurunan.
Tidak pernah, rakyat mendengar harga
minyak dan diesel diturunkan dikala harga minyak mentah turun di pasaran
dunia. Tidak pernah sama sekali.
- Rakyat tidak kisah sebenarnya walaupun harga minyak tidak diturunkan ketika harga minyak mentah turun. Asalkan kebajikan rakyat Malaysia terjaga. kehidupan bertambah baik.
- Menggunakan kesempatan pola penurunan harga minyak mentah dunia untuk tujuan penjimatan bukannya membazirkan duit negara dengan tujuan yang sia-sia.
Dan Berita Semasa menjumpai satu
maklumat yang boleh dikatakan ktidaktelusan pembahagian subsidi selama
ini? (Akan Berita Semasa kongsikan kelak).
Sepatutnya kerajaan melalui menteri yang
terbabit, perlulah menerangkan secara jelas bagaimana bentuk pengiraan
pembahagian subsidi minyak kepada rakyat. Negara sudah lama merdeka, minda rakyat Malaysia kebanyakannya sudah lama “merdeka”.
Dekati rakyat malaysia, terangkan kepada mereka, bukanlah hanya
menyuruh rakyat menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh kalangan
pemimpin Malaysia.
Mungkin Datuk Seri Najib Razak boleh berkira-kira untuk mencari calon yang lebih baik untuk menggantikannya bagi mengurus ekonomi negara supaya berada kembali pada landasan yang betul…….
PP/S : Apa pendapat anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan