Datuk Ab Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di 'boo' beberapa ahli Parlimen di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab persoalan mengenai butiran perjanjian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Suasana menjadi gamat sebaik Ab Aziz berkata, "Kita sudah beritahu, perjanjian AES ini di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya.
Kebanyakan ahli Parlimen pembangkang yang hadir mula bersorak seolah-olah tidak bersetuju dengan jawapan tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan tentang perjanjian itu yang masih ditutup dari pengetahuan umum.
Beliau berkata, perjanjian itu perlu dijelaskan kepada ahli parlimen bagi menilai sama ada nilai pampasan kepada syarikat itu memberi keuntungan kepada rakyat atau kedua-dua syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan