HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 September 2013

Penjara jika promosi bendera selain Jalur Gemilang


MALAYSIA KINI
 
 
 
Tindakan menghina Jalur Gemilang atau sebarang bendera negara asing boleh menyebabkan seseorang itu dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun, menurut rang undang-undang pindaan Kanun Keseksaan yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Seksyen baru 121E itu dimasukkan dalam bahagian kesalahan-kesalahan terhadap negara, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun dan denda.

Dalam satu lagi seksyen baru121E(2), dinyatakan juga pihak yang mengguna, merestui dan mempromosikan bendera selain Jalur Gemilang untuk mewakili Malaysia boleh dipenjarakan tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 15 tahun.

NONECadangan pindaan itu dibentangkan selepas kontroversi penahanan aktivis kerana mempamerkan bendera gerakan kiri Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Merdeka tahun ini.

Dalam reaksi segera, kumpulan peguam Lawyers for Liberty berkata, pindaan itu tidak masuk akal, zalim dan tidak adil.

Kumpulan dengan dengan Pakatan Rakyat itu juga menyentuh seksyen baru berhubung vandalisme - yang antaranya melarang mempamerkan poster, plakad dan notis yang dianggap vandalisme.

"BN mungkin juga mengharamkan pembangkang dan NGO - menjadikan mereka bersalah kerana bersuara atau melakukan sesuatu yang melanggar politik kerajaan atau pegawainya," katanya dalam Twitter.

Tiada ulasan: