HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Oktober 2013

Kemusnahan Teruk Akibat Air Empangan Yang Dilepaskan

BULETIN ONLINE


Tiga warga asing meninggal dunia ketika banjir lumpur yang berlaku ekoran air empangan Sultan Abu Bakar yang dilepaskan melanda Lembah Bertam di Ringlet Cameron highland pada Rabu 23 Oktober.

IMG-20131023-WA0044

Paras air yang telah mencecah tahap bahaya di empangan tersebut menyebabkan ia terpaksa dilepaskan pada kira-kira jam 1.00 pagi.

‘Umpama tsunami’, air yang turun dengan deras telah memusnahkan 10 rumah kongsi pekerja yang dibina diatas tanah reab Jabatan Pengairan dan Saliran di sepanjang 3 kilometer dari empangan tersebut.

IMG-20131023-WA0048

 80 buah rumah lain turut musnah dan 100 kenderaan rosak samada tenggelam atau dihayutkan air, manakala SJKC (Bertam) telah ditutup.

mStar melaporkan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata dua orang lemas dan seorang mati akibat serangan jantung, ekoran kejadian banjir itu.

IMG-20131023-WA0049

Tam Tuck Choi rakyat tempatan, 51 tahun, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Tanah Rata selepas serangan jantung.

Dua pekerja asing yang meninggal telah dikenalpasti sebagai Md Jahangir Alam, dalam 30-an dari Bangladesh, Kesmat , 46 dari Indonesia, dan Jarwati , 17.

Seramai 38 orang telah dipindahkan dan ditempatkan di Dewan Masyarakat Ringlet.

IMG-20131023-WA0050
IMG-20131023-WA0046
IMG-20131023-WA0051
IMG-20131023-WA0041
IMG-20131023-WA0047

Tiada ulasan: