BULETIN ONLINE
Paras air yang telah mencecah tahap bahaya di empangan tersebut menyebabkan ia terpaksa dilepaskan pada kira-kira jam 1.00 pagi.
‘Umpama tsunami’, air yang turun dengan deras telah memusnahkan 10 rumah kongsi pekerja yang dibina diatas tanah reab Jabatan Pengairan dan Saliran di sepanjang 3 kilometer dari empangan tersebut.
80 buah rumah lain turut musnah dan 100 kenderaan rosak samada tenggelam atau dihayutkan air, manakala SJKC (Bertam) telah ditutup.
mStar melaporkan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata dua orang lemas dan seorang mati akibat serangan jantung, ekoran kejadian banjir itu.
Tam Tuck Choi rakyat tempatan, 51 tahun, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Tanah Rata selepas serangan jantung.
Dua pekerja asing yang meninggal telah dikenalpasti sebagai Md Jahangir Alam, dalam 30-an dari Bangladesh, Kesmat , 46 dari Indonesia, dan Jarwati , 17.
Seramai 38 orang telah dipindahkan dan ditempatkan di Dewan Masyarakat Ringlet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.