Laporan Sinar Harian 23 Oktober lalu.
ROMPIN – Operasi bersepadu yang melibatkan beberapa pihak keselamatan
termasuk polis dan bomba dalam usaha mencari seorang remaja kurang upaya
(OKU) yang hilang, Mei Peng Choong Kok Peng, 14, tempoh hari telah
dihentikan kerana tiada sebarang petunjuk diperoleh.
Namun begitu, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, gerakan mencari masih diteruskan.
“Ada pasukan pemantau yang ditubuhkan di IPD Rompin dalam usaha untuk menjejaki mangsa yang hilang setiap hari yang diketuai oleh Ketua Balai, Sarjan Mejar Abdullah Yusuf.
“Pelbagai cara digunakan pihak polis untuk mengesan mangsa iaitu dengan menggunakan media sosial dan mengedarkan gambar,” katanya.
Sinar Harian 23 Oktober lalu melaporkan seorang remaja perempuan OKU yang berketurunan Orang Asli dan tinggal di perkampungan Orang Asli Batu 8, Kuala Rompin, hilang sejak 18 Oktober lalu selepas memberi makan lembu di kandang yang terletak di belakang rumah neneknya.
Mangsa yang kurang pendengaran, bisu dan lembam menjadikan kerja mencari sukar dilakukan dan pasukan polis percaya kemungkinan besar mangsa dijumpai oleh mana-mana individu, tetapi keadaan mangsa menyebabkan orang menjumpainya tidak dapat membantu.
Zainul berkata, sehingga hari ini pihak polis masih juga belum mendapat sebarang petunjuk mengenai mangsa.
“Kita belum mendapat petunjuk atau maklumat yang boleh digunakan untuk menjejak mangsa. Oleh sebab itu, bantuan orang ramai sangat diperlukan.
“Kepada sesiapa yang terlihat mangsa di mana-mana boleh terus menghubungi IPD Rompin di talian 09-4145222 atau 09-4145329,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.