Halaman

Sabtu, 16 November 2013

"Kalau Rasa Berdosa,Tak Payah Tengok" - Lana Nordin

Mahirah Zakaria

 
Pelakon, Lana Nordin memang sinonim dengan 'seksi' sehingga menyebabkan peminat yang melihatnya meninggalkan komen yang kasar terhadap pelakon wanita ini.
 
Terbaru, Lana berang apabila peminat meninggalkan kritikan yang 'berlebihan' di akaun Instagram milik dirinya sehingga mengakibatkan Lana membalas komen tersebut.
 
Berikut merupakan antara kritikan yang diberikan oleh peminat dan dibalas oleh Lana:- 
 
alt
 
Terbaru, Lana dengan nada marah telah memberi amaran kepada pengikutnya di akaun instagram untuk tidak berkelakuan 'kurang ajar' dengan meninggalkan komen dan kritikan yang tidak masuk akal.

"Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.
 
"Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik," katanya, memetik laporan blog Ohbulan!.
 
Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Lana menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya adalah seorang artis yang kuat melenting dan dikatakan tidak dapat menerima teguran daripada peminat.
 
"Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara personally.
 
"Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan. Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata untuk bercakap benda lucah.
 
Dalam pada itu, pelakon filem Pontianak vs Orang Minyak  ini turut menyatakan bahawa, sebagai seorang selebriti, dirinya juga seorang insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.