Halaman

Rabu, 6 November 2013

Kastam KLIA Berjaya Rampas RM1.79 Juta Dadah

RAKYAT NEWS

alt


SEPANG  - Jabatan Kastam Diraja berjaya merampas dadah seberat 9.45 kilogram (Kg) bernilai RM 1.79 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, tiga orang suspek terdiri daripada warga asing dan tempatan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Kes pertama membabitkan seorang lelaki India tempatan berumur 25 tahun yang menaiki penerbangan dari Colombo ke KLIA, 25 Oktober lalu jam 7.15 pagi.

"Dadah yang dirampas adalah dari jenis Methamphetamine seberat 4.65 kg bernilai RM883,500 disorok di bahagian tepi sekeliling bagasi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.