Kenaikan cukai pintu DBKL naik di Kuala
Lumpur : Rakyat malaysia selama ini acapkali disogokkan dengan slogan ”
Rakyat didahulukan pencapaian diuatamakan.
Nah, hari ini rakyat Malaysia merasai
terlebih dahulu bahang kehangatan lonjakan cukai pintu di Kuala Lumpur
melebihi peratusan yang tinggi atas nama pencapaian bandaraya Kuala
Lumpur yang dikelilingi nilai hartanah yang terus melambung tinggi
seperti mana dijangka (SEPERTI DI SINI) hanya yang berpendapatan Rm12,000 sebulan sahaja mampu beli rumah teres. Natijahnya…..
Natijahnya, rakyat Malaysia yang tinggal
di sekitar Kuala Lumpur bakal berhadapan dengan tekanan untuk bayar
cukai pintu di Kuala Lumpur yang telah meningkat melebihi 100% – 200%.
Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik : Aduan Orang Ramai?
Terdapat beberapa aduan yang diterima
Berita Semasa apabila ada di antaranya sudah pun menerima bil cukai
pintu yang dicadangkan….
Berdasarkan respon Menteri yang bertanggungjawab, atas nama mahu meningkatkan kantung pendapatan semasa kerajaan Malaysia,
kenaikan cukai pintu DBKL naik bakal memberikan manfaat kepada
pemiliknya seperti anda, anda di sini melihatkan lonjakan nilai hartanah
di sekitar Kuala Lumpur. Siapa kata begini?
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dan ini antara bil cukai pintu DBKL yang
bakal dikenakan warga Kuala Lumpur seperti di bawah ini, di mana DBKL
sudah mula memulakan “langkah kanan” mereka dengan menghantar Notis
Menyemak Semula Nilaian.
Semakin tinggi nilaian hartanah anda,
semakin tinggi cukai pintu DBKL yang bakal dikenakan. Dan kenaikan cukai
pintu DBKL naik kali ini agak mengejutkan apabila naik secara mendadak
dalam keadaan kos sara hidup dan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia
semakin tidak menentu.
Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik : Contoh Bil Yang Diterima?
Contohnya :
- Nilaian untuk tahun 2013 : RM 4,080
- Notis semak semula berdasarkan penilaian DBKL terhadap hartanah (merujuk bil di bawah ini) : RM10,800
Jadi bagaimana cara mahu kira cukai
pintu DBKL yang perlu anda bayar? Semak Bil DBKL dan mereka akan tunjuk
nilaian & kadar. Kadar DBKL untuk cukai pintu adalah 6%. Di bawah
ini sebagai contoh pengiraan sahaja sahaja :
- Tahun 2013 nilaian RM 4,080 x 6% kadar cukai pintu = RM244.80 setahun @ RM122.40 setiap 6 bulan
- Tahun 2014 nilai semua RM10,800 (nilai yang DBKL cadangkan) x 6% kadar cukai pintu = RM 648 @ RM324 setiap 6 bulan
Bermakna telah berlaku kenaikan cukai
pintu naik di Kuala Lumpur sehingga melebihi 100%. Manakala berdasarkan
aduan yang diterima setakat ini terdapat sebuah rumah kos rendah di
Taman Orkid Desa, Cheras di mana kenaikan cukai pintu mencecah 267%.
Bagaimana pula kadar cukai pintu DBKL di tempat anda pula? Munasabah
atau membebankan?
4 ulasan:
Alamak!! Apa alasan dbkl naikkan cukai pintu begitu tinggi. Sebab petrol naik ke. Sebab get ke? Kat kl ni makin hari makin bertambah bangunan dan apartment yang dibina saban tahun..that means nilai kutipan cukai pintu pastinya akan bertambah saban tahun dengan berdiri nya bangunan2 baru yg macam cendawan tumbuh.. Makin tamak nampaknya.
Makin ramai lah orang merompak, menyamun lepas ni untuk sara keluarga. Kena kes rumah pusaka, si pewaris pulak gaji cuma RM 3000 sebulan, mampus nak sara hidup.
Bodoh punya cadangan, dok pikir poket sendiri jer..
Makin ramai lah orang merompak, menyamun lepas ni untuk sara keluarga. Kena kes rumah pusaka, si pewaris pulak gaji cuma RM 3000 sebulan, mampus nak sara hidup.
Bodoh punya cadangan, dok pikir poket sendiri jer..
Kadar Cukai Taksiran yang dicadangkan adalah terlalu tinggi dimana amat membebankan bagi kami warga kota yang berpendapatan rendah. Sewajarnya pihak Datuk Bandar Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah mengambil kira kemampuan kami untuk membayar kadar baru yang dicadangkan itu. Kami sebagai warga kota yang berpendapatan rendah yang menduduki rumah kos rendah (2 bilik) sememangnya kami tidak mampu memiliki rumah lebih selesa tambahan pula kos sara hidup tinggi di KL. Kadar baru cukai taksiran membebankan dan ini bertambahlah beban kami. Harap Datuk Bandar KL dan Menteri Wilayah pertimbangkan semula kadar tersebut.
Catat Ulasan