![]() |
Dr Mahathir berkata Anwar Ibrahim tidak tahu bersyukur. Katanya bapa kepada bekas Timbalannya itu adalah ahli UMNO, dan Anwar sepatutnya mendapat pendidikan yang tinggi. Itulah diantara yang dikatakan oleh Dr Mahathir di Sungai Limau semalam dan usaha kempen untuk memenangkan calon BN bagi keuntungan politik anaknya. Tetapi kempen untuk memenangkan UMNO dan anaknya sebagai Ketua UMNO Kedah itu tidak lah salah. Takkanlah beliau hendak memalukan anaknya pula.
Tetapi yang sedap sangat kita dengar itu ialah serangannya terhadap Anwar Ibrahim dan menuduh Anwar Ibrahim tidak bersyukur dengan apa yang beliau telah capai itu. Tetapi hakikatnya apa yang dikatakan oleh Mahathir tentang Anwar itu semuanya benar. Di sebaliknya apa yang Anwar katakan terhadap Mahathir selama ini pun benar. Mahathir dan Anwar itu adalah sama sahaja. Kalau tidak, masakan mereka bergaduh seperti tidak ada jalan maaf memaafkan diantaranya.
Mahathir yang memberikan laluan kepada Anwar sehingga Anwar mendapat
kedudukan yang tinggi dalam kerajaan semasa dalam UMNO dahulu. Tetapi
Mahathir juga mendapat kekuatannya pun melalui sokongan Anwar juga,
kerana Anwar ini orang yang pandai mengumpulkan orang untuk memberikan
sokongan kepada siapa sahaja yang beliau mahu semasa dalam UMNO dahulu.
Pendeknya Mahathir dan Anwar adalah manusia yang mempunyai ‘attribute’
kepimpinan dan jiwa yang sama sahaja. Anwar telah di jadikan pelapik
oleh Dr Mahathir seperti yang beliau lakukan terhadap Timbalan-Timbalan
beliau sebelum itu. Mahathir yang mahukan kedudukan PM itu sepanjang
hayat beliau semasa itu Anwar lah orang yang paling kuat memberikan
dukungan terhadap beliau.
Anwar juga menggunakan pengaruh Dr Mahathir yang begitu autokratik
untuk mendapatkan apa yang beliau mahu dengan memberikan sokongan kepada
Dr Mahathir dan sentiasa menyelit di celah ketiak Dr Mahathir semasa
dalam UMNO dahulu.
Mahathir selanjutnya berkata semasa dalam kerajaan dahulu semuanya baik
belaka kepada Anwar. Mahathir juga begitu. Semasa menjadi Perdana
Menteri dahulu semuanya bagus bagi beliau termasuk Anwar itu. Tetapi
apabila Anwar sudah mula menunjukkan niatnya untuk menentang boss nya
itu maka boss nya itu telah mencari semua alasan untuk mengenepikannya
(Anwar).
Mahathir menggunakan semua isu kenakalan Anwar sebagai alasan atau
mungkin sebab untuk memecat Timbalannya itu dan terjadilah kepada Anwar
apa yang kita lihat pada hari ini. Pertelingkahan Mahathir dan Anwar
sehingga pemecatan terhadap Timbalannya itu, di sebabkan oleh kuasa,
tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
Dr Mahathir hendak memerintah lama, sedangkan Anwar tidak
menyempat-nyempat untuk mengambil alih. Anwar tidak malu-malu melakukan
‘insubordination’ terhadap boss nya dan mempengaruhi kepimpinan Mahathir
yang semasa itu sedang begitu enak dan bersoronok dengan kuasa yang ada
di tangan. Mahathir menganggap sesiapa yang hendak melawannya seperti
orang mencalit taik ke mukanya.
Malahan mereka berdua tidak mempunyai perasaan sayangkan parti dan
rakyat serta negara. Mereka berdua bergaduh dan membawa semua rakyat
memihak dan berarak untuk mereka semata-mata kerana terlalu sayangkan
kuasa dan yang seorang lagi terlalu ghairah untuk mengambil alih kuasa
Perdana Menteri.
Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa yang besar, lebih besar dari Presiden Amerika Syarikat,
Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa yang besar, lebih besar dari Presiden Amerika Syarikat,
kerana seorang PM negara ini boleh memasukkan
siapa yang dia mahukan kedalam penjara atau mengeluarkan sesiapa dari
penjara. PM di negara ini merupakan hakim kepada semua hakim-hakim
mana-mana mahkamah dan hakim-hakim yang tidak di sukainya boleh di
humbankannya ketepi seperti yang berlaku kepada lima orang hakim
Mahkamah Agung pada tahun 1988 dahulu.
Tuduhan Mahathir yang Anwar menganggap semuanya baik belaka semasa
dalam kerajaan dahulu sememangnya benar. Anwar dan Najiblah diantara
yang menyokong sekuat-kuatnya tindakan Dr Mahathir memperkosa badan
kehakiman dahulu. Anwar telah menyokong semua yang dilakukan oleh
Mahathir walau macam mana gila sekali pun tindakan boss nya itu. Najib,
Perdana Menteri yang paling lemah yang kita ada dalam sejarah
kemerdekaan negara itu pun memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi
walaupun di dalam hatinya itu berlainan hakikatnya.
Jika Anwar bersara pada hari ini, elok kita cadangkan beliau duduk
serumah dengan Dr Mahathir dan teruskan perkelahian mereka sampai
bila-bila. Hanya yang perlu kerajaan berikan kepada mereka ialah
kemudahan ‘ambulance’ dan perubatan jika ada yang tercedera diantara
mereka berdua yang berkelahi itu. Kalau terjumpa dukun patah kaki dan
tangan, boleh juga duduk di sebelah rumah Dr Mahathir dan Anwar itu.
Manalah tahu ada pula yang patah kaki pula.
Sementara itu kita di luar ini teruskan pencarian untuk mendapatkan
seorang pemimpin yang bersesuaian untuk melakukan perubahan bagi
memulakan politik dan siasah baru bagi negara. Masa begitu suntuk dan
kita tidak mempunyai waktu yang banyak untuk pembetulan terhadap sistem
politik kita ini. Jika tiada apa yang di lakukan terhadap kepimpinan
negara hari ini, adalah di khuatirkan yang negara akan punah ranah
kerana kepimpinan negara yang tidak tentu hala dan arah tujuan ini.
Sudah berpuluh tahun kita berperang kerana mereka berdua (Mahathir dan
Anwar) ini. Yang rosaknya negara, yang berpecah rakyat berbilang kaum
dan yang lebih rosak lagi ialah keharmonian kehidupan bangsa-bangsa di
negara ini.
Sesungguhnya bukan sahaja Anwar tidak bersyukur, Mahathir sendiri lagi tidak bersyukur pada pandangan ramai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.