Oleh Maria Begum, Malaysia Chronicle
LONDON/KUALA LUMPUR - Begitu ironis sekali. Walaupun Perdana Menteri Britain, David Cameron ghairah memuji rakan sejawatnya dari Malaysia kerana 'berperang' menentang ekstremisme, beribu-ribu batu di negara Asia Tenggara pula, aktivis hak asasi manusia sedang sibuk melakukan perkara sebaliknya.
Benar, kumpulan hak asasi manusia seperti Suaram dan Amnesty International sedang bertungkus-lumus di Kuala Lumpur, mengumpul maklum balas rakyat Malaysia berikutan apa yang dibincangkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia yang berhadapan diskriminasi kaum yang paling teruk dan mula menghakis ruang demokrasi di Malaysia dan ini telah menimbulkan kebimbangan yang serius di kalangan negara anggota .
Insiden mengejutkan dan tetapi aneh berlaku, sedang sandiwara politik antara Najib dan Cameron sedang dimainkan di London, sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Mangsa Pelaburan British di Malaysia telah mengadakan bantahan di luar Pusat Konvensyen Antarabangsa Excel, di mana Najib telah mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Dunia Islam atau WIEF.
Najib adalah penaung WIEF yang diilhamkan oleh Malaysia, manakala Cameron merupakan tetamu kehormat.
"Ia adalah bantahan yang dihadiri ramai dan begitu menonjol sekali dalam memberitahu semua tentang penderitaan Pelabur British yang telah melabur di Malaysia. Ramai orang kenamaan dapat melihat protes itu apabila kereta mereka memasuki kawasan acara tersebut," kumpulan, yang memanggil dirinya BVIM sebagai singkatan, mengulas dalam laman Facebook mereka.

Kepura-puraan yang begitu menakjubkan
Walaupun BVIM begitu bersungguh-sungguh, pemimpin Malaysia itu tidak sekali pun keluar untuk bertemu dengan mereka atau menghantar sebarang utusan untuk berbincang dengan wakil-wakil mereka .
"Bagi Najib, sebagai pemimpin Malaysia, dia tidak sepatutnya berselindung tetapi terbuka tentang isu ini kerana ia adalah kes yang sudah lama tertunggak dan mendapat sokongan daripada orang kelas atasan di UK dan juga Malaysia. Mereka ini bukanlah penipu atau penjahat tetapi pelabur yang mengambil inisiatif untuk melabur di negara kita. Mereka berhak untuk mendapat layanan yang baik dan tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa oleh PM kita. "
Mereka membantah kurangannya tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas penyelewengan yang didakwa dilakukan ahli politik kanan Umno, Azim Zabidi.
UMNO adalah parti politik Najib dan dia pernah berjumpa dan berjanji kepada BVIM untuk melakukan siasatan yang adil ke atas kes mereka. Tetapi sehingga kini, tiada satupun telah dilakukan.
" Adalah tidak masuk akal apabila selepas lebih daripada dua tahun sejak kami membuat laporan di Malaysia, tiada dakwaan telah dibuat atau sesiapa pun ditangkap. Saya akan memberitahu semua rakan-rakan saya, rakan sekerja dan orang yang saya jumpa untuk jangan sesekali melabur di Malaysia," kata Steve , seorang pekerja bank di London

Realiti pahit disebalik ucapan megah di podium
Terdiri daripada 60 keluarga, BVIM membantah selama 4 jam – dari jam 5:00 petang sehingga 9:00 malam pada hari Selasa. Mereka menuntut tindakan terhadap syarikat Malaysia Doxport Technologies Sdn Bhd, yang mereka dakwa telah menipu mereka sebanyak £2.5 m ( RM12.7 juta) pada tahun 2008.
Azim , pengerusi dan pengarah Doxport Technologies, juga merupakan bekas bendahari Umno. Oleh itu mereka bimbang jika kes sengaja ditutup kerana hubungan rapat Azim dengan pemimpin-pemimpin tertinggi di negaranya.
Azim telah memegang banyak jawatan korporat yang tinggi di Malaysia. Dia juga merupakan pengarah di Kuala Dimensi Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ ). Azim pernah menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional diantara tahun 1999-2009 dan menjadi Naib Presiden World Bank Savings Institute antara tahun 2006-2009 .
BVIM juga mahu tindakan diambil terhadap eksekutif kanan Doxport - Pengarah Urusannya, Sivalingam Thechinamoorthy dan pengarahnya Gurmeet Kaur.

Di mana kedaulatan undang-undang di Malaysia?
Para pelabur Bitish yang tidak puas hati telah membuat aduan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2011, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
BVIM juga mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa, mempersoalkan "kedaulatan undang-undang" Malaysia dalam melindungi pelabur asing.
"Saya melabur wang simpanan saya kerana saya suka Malaysia, keluarga saya sedang menderita dan ia nampak seperti undang-undang tidak bermakna di Malaysia. Saya berharap tidak ada pelabur di Malaysia yang mengalami nasib seperti kami, "kata Mohammed, seorang pemandu bas dari London, yang telah melabur wang simpanan ke dalam syarikat Malaysia.
Para pelabur British telah diberitahu wang mereka akan digunakan untuk membeli suis bagi Telekom dan ekuiti dalam Doxport.
Apabila mereka mendapati bahawa tidak ada suis Telekom seperti itu beroperasi di Malaysia, mereka membuat laporan terhadap syarikat itu kepada pihak berkuasa.
Pada awal tahun ini, mereka juga telah memfailkan saman terhadap Azim dan syarikatnya.

Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan