Ir Amiruddin (dua, kiri) pada sidang media, semalam.
YAN- Kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir didakwa lambat menguruskan kes-kes berkaitan pembangunan tanah di negeri ini.
Pengarah Operasi Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu melibatkan 400 fail kes pembangunan tanah yang masih belum diproses dan diberi kelulusan oleh Majlis Kerajaan Negeri selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan PR pada PRU13 lalu.
Beliau berkata, permasalahan ini sudah tentu akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat, contohnya melibatkan ubah syarat tanah dan sudah pasti akan membuatkan projek perumahan di negeri ini berjalan lambat.
“Apabila ia lambat diproses, maka pemaju akan menghadapi kos yang tinggi kerana terpaksa meminjam daripada bank dan dalam jangka masa untuk mendapatkan kelulusan itu, pemaju kena bayar kepada bank atas kadar pinjaman yang telah dibuat.
“Jadi ia telah terbeban di situ. Bila terbeban, maka sudah tentu bebannya itu akan dipindahkan kepada pengguna. Maknanya harga rumah akan menjadi lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.
Menurutnya, sekiranya proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih awal, maka penjimatan itu dapat diberikan kepada pengguna, di samping kerajaan negeri juga akan berpeluang mendapatkan hasil dengan lebih cepat kalau ia diproses lebih cepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan