Halaman

Ahad, 5 Januari 2014

Cabar Islam : Editor Akhbar The Herald Didesak Mohon Maaf

Rakyat News

Hafiz Roslan


KUALA LANGAT -  Editor akhbar mingguan Katolik 'The Herald', Father Lawrence Andrew didesak agar memohon maaf kepada rakyat Selangor atas kenyataannya yang mahu terus menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Ketua UMNO bahagian Kuala Langat, Datok Sulaiman Mohd Karli berkata, laporan polis telah dibuat tehadap Lawrence Andrew yang sehingga ke hari ini masih lagi tidak berbuat demikian.

"Kita kesal, jika beliau (Lawrence Andrew) minta maaf kita akan batalkan laporan polis tetapi saya lihat dia buat tidak tahu saja.

"Kita mendesak Lawrence Andrew memohon maaf kepada umat islam di Selangor," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat petang semalam.

Laporan polis itu turut disertai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Majlis Belia Selangor dan Belia 4B.
 
Rakyat News
 
Lawrence  dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat lepas berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskah Bible versi bahasa Melayu di sebuah premis baru-baru ini.

Karli juga mengecam kenyataaan Lawrence Andrew merujuk laporan polis yang disifatkan menghina keputusan mahkamah.

"Oleh kerana kes tersebut belum lagi di dengar di peringkat mahkamah persekutuan maka kenyataan paderi itu merupakan satu yang perjudis dan menindakan kedudukan sedia ada mengenai isu tersebut.

"Kenyataan Lawrence Andrew juga merupakan satu percanggahan dengan penghakiman mahkamah rayuan dalam kes rayuan sivil yang jelas memutuskan bahawa perkataan Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan orang kristian," katanya.

Sebelum ini, titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam satu kenyataan pada 14 Disember yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.