SHAH ALAM - Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) akan dibebaskan esok daripada Kem Tahanan Taiping.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua mereka yang dibebaskan merupakan anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah.
"Mereka ditangkap pada 14 November 2011 dan dikenakan perintah tahanan selama dua tahun.
"Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya.
Berikut adalah Butiran mereka adalah seperti berikut :
1) Adzmi Pindatun (warganegara Malaysia)
2) Mohd Nazri Dollah (warganegara Malaysia)
3) Bakar Baba (warganegara Malaysia)
4) Muhammad Adnan Umar (warganegara Indonesia)
5) Darto Bandu (warganegara Indonesia)
6) Muadz Hakim (warganegara Filipina)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.