Halaman

Khamis, 2 Januari 2014

Exco: Tiada arahan serbuan oleh k'jaan negeri

MALAYIAKINI

 
 
 
Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini.
 
Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya selepas tindakan itu dibuat.
 
"Kami diberitahu baru saja tapi kami tak ada maklumat. JAIS tak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai serbuan tersebut.
 
"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). 
 
“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini
 
Beliau mengulas berhubung tindakan JAIS yang menyebu pejabat BSM di Petaling Jaya kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas.
 
Pengerusi BSM Lee Min Choon ketika dihubungi Malaysiakini berkata, sepuluh Bible berbahasa Iban juga dirampas dan mendakwa seramai 15 pegawai jabatan itu tampil dengan agresif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.