MALAYIAKINI
Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi
berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu
(JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM)
di Petaling Jaya hari ini.
Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan
negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya
selepas tindakan itu dibuat.
"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada
(daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).
“Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau mengulas berhubung tindakan JAIS yang menyebu pejabat BSM di
Petaling Jaya kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan sebanyak 321 Bible
versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas.
Pengerusi BSM Lee Min Choon ketika dihubungi Malaysiakini berkata,
sepuluh Bible berbahasa Iban juga dirampas dan mendakwa seramai 15
pegawai jabatan itu tampil dengan agresif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan