Halaman

Ahad, 5 Januari 2014

Pandangan Mufti Perak tidak dihurai dengan telus


Zamihan  
Zamihan


SHAH ALAM - Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menjelaskan pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.

Presidennya, Zamihan Mat Zin berkata, Harussani membuat kenyataan tersebut setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana akhirnya hanya akan mengundang mudarat.

“Kita perlu sedar, apabila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie (pasti) maka ia bersifat ijtihadi yang mengambil kira fakta, masa, tempat, keadaan dan kesannya.

“Inilah pertimbangan yang telah dibuat oleh beliau (Harussani) mengenai himpunan guling kerajaan yang dianjurkan beberapa hari lalu.

"Namun kenyataannya mengundang pelbagai tanggapan kerana sebahagian daripada artikel yang dikeluarkan tidak menghuraikan dengan jelas dan telus,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.