Oleh: Hafizan Taib
KUALA KUBU BHARU : Rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan media dihalang memasuki kawasan Empangan Sungai Selangor di sini hari ini apabila tidak dibenarkan pengawal keselamatan di pintu masuk untuk ke kawasan itu.
Dalam lawatan bermula kira-kira jam 11 pagi rombongan terdiri daripada Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mahu meninjau perkembangan di empangan itu.
Selepas perbincangan tidak membuahkan hasil, Kee Hiong dan rombongan mengambil keputusan untuk terus memasuki kawasan empangan.
Pihak media diarahkan menunggu di luar sehingga lawatan itu selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.