Halaman

Rabu, 23 April 2014

MB: Air cukup di Kuala Langat, tetapi kurang di empangan KKB

Oleh : Lizawati Madfa
 
 
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri berpendirian tawaran Kerajaan Negeri Sembilan untuk membekalkan air ke Selangor sebagai tidak sesuai untuk dipertimbangkan.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu hanya mampu memberi impak terlalu kecil sedangkan kos yang diperlukan pula agak tinggi.
 
IMG_9322aOleh itu, beliau berkata adalah lebih baik Kerajaan Negeri menggunakan sumber sedia ada bagi memenuhi permintaan di Selangor dan kawasan sekitar.
 
“Kita cukup air di kawasan Langat tetapi tidak cukup di Empangan Selangor di Kuala Kubu Baru (KKB), jadi kalau nak bawa air dari Negeri Sembilan ke sana agak jauh dan kos juga tinggi.
 
“Kalau dekat kawasan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang) tidak apa tetapi sekarang yang tidak cukup di KKB.
 
“Jumlah air yang ditawarkan juga cuma lima peratus dari penyelesaian masalah,” katanya dalam satu sidang media, di sini.
 
Terdahulu beliau merasmikan program ‘Jom Membaca 10 Minit’ yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali dan Pengarah PPAS, Mastura Muhamad.
 
Mengulas usaha pembenihan awan, Abdul Khalid berkata pihaknya sentiasa bersedia melakukan pembenihan awan di kawasan Empangan Sungai Selangor yang kini kritikal sekiranya sesuai.
 
“Hujan lebat yang berlaku sekarang juga tidak kena empangan, bila ada awan melintasi kawasan empangan yang berkeluasan 600 hektar, kita akan buat pembenihan awan.
 
“Awan hujan memang ada, Selangor juga tiap-tiap hari hujan, kalau takungan di Shah Alam tiada isu, Kuala Lumpur pun hujan tetapi yang kritikal di Kuala Kubu Baru (Empangan Sungai Selangor),” katanya lagi.EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.