MALAYSIAKINI
Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian
terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia
Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat
Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pengangkutan.
Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.
1. 01:38:19 pagi: Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya
tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala
Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370
dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.
2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.
3. 01:46:46am: HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370,
menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada
komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada
radar padam di "waypoint BITOD."
4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif’.
5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa
secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan
untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan
pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.
6. 02:03:48am: KL-ATCC bertanya HCM mengenai status
MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan
tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC
menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.
7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan
pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk
menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.
8. 02:11:37 pagi: HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.
9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara]: (dipetik
daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya
Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat
berkomunikasi di ruang udara Kemboja.
10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin
penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM
mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam.
HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat
atau komunikasi dengan MH370.
HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar
terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.
KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi
pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.
HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.
11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada
Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan
tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.
12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.
13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC
MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun
dengan memberikan koordinat N14.90000
E109 15 00 pada jam 1833 UTC.
14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai
latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines
Operations.
15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba
berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC
kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan
frekuensi kecemasan.
16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada
Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa
maklumat data penerbangan adalah berdasarkan
ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.
17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.
18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.
19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan
akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya
jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.
20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.
21. 05:20:17: Kapt [name redacted] minta maklumat
mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang
diterima, “MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia”.
22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.
23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.
24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.