Kehadiran di perhimpunan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Pulau Pinang) di Butterworth pagi ini bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah mengecewakan.
Ketua MTUC negeri, S Ravindran (kiri) berkata kehadiran yang
mengecewakan itu adalah disebabkan oleh faktor takut kerana beberapa akhbar tempatan memetik polis mendakwa protes aman itu adalah "haram".
"Kami benar-benar kecewa ini berlaku, pemberita yang terlibat tidak menghubungi kami untuk menjelaskan perkara itu," kata Ravindran dalam ucapannya.
dan menghalang mereka menghadiri perhimpunan tersebut.
"Kami mempunyai hak untuk berhimpun dan kita ada permit," kata Ravindan sambil menambah bahawa mereka tidak mengganggu sesiapa.
Menurutnya, mereka golongan yang berpelajaran dan tahu bagaimana hendak menganjurkan perhimpunan aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan