| Oleh NIK NAZMI NIK AHMAD |
Isu mengenai
Aslam bin Abd Jalil yang merupakan salah seorang daripada pelajar kita
di Australian National University (ANU), Canberra yang telah menerima
surat tunjuk sebab oleh JPA. Aslam merupakan pelajar yang menerima
biasiswa JPA.
Aslam
telah menerima surat tersebut melalui kiriman emel pada 18 Jun
2014 yang lalu daripada Penasihat Pendidikan dan Latihan Australia
JPA Shahrezan Md Sheriff.
Aslam
telah menerima surat berkenaan atas alasan beliau telah mengambil
bahagian dalam forum mengenai isu semasa Malaysia yang diadakan di ANU
pada 22 April 2014 bersama Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Tajuk forum merupakan ‘Race, Religion, Royalty with YB Tony Pua’.
Merujuk
kepada perkara tersebut, Aslam telah dituduh melanggar perjanjian 5.5
di dalam perjanjian biasiswa dengan kerajaan persekutuan di mana telah
dinyatakan bahawa pihak kerajaan melarang mana-mana pemegang biasiswa
untuk mengambil bahagia ataupun menyertai (“penghasutan atau tunjuk
perasaan…yang pada pendapat Kerajaan, adalah memudaratkan kepentingan
Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan”.
Aslam
telah diarahkan untuk mengemukakan satu penjelasan bertulis dalam masa
24 jam dan jika beliau gagal melakukan demikian, maka pihak kerajaan
akan mengambil tindakan terhadap beliau.
Namun demikian, tindakan
ini tidak langsung mengejutkan saya kerana seolah-olah telah menjadi
satu tradisi oleh Kerajaan untuk menakut-nakutkan pelajar kita di luar
negara supaya tidak menyertai apa-apa program yang melibatkan pihak
pembangkang.
Sebagai
salah seorang bekas pelajar di United Kingdom kira-kira sedekad yang
lalu, saya dan beberapa orang rakan dari Malaysia sering diberi amaran
dan digertak supaya tidak mengambil bahagian dalam akitiviti-aktiviti
sebegini.
Saya
menerima surat sepertimana Aslam pada 2002 kerana bersama-sama Rafizi
Ramli yang kini menjadi Ahli Parlimen Pandan dalam menganjurkan forum di
London yang menampilkan Nurul Izzah Anwar, kini Ahli Parlimen Lembah
Pantai.
Itu
ketika era Dr Mahathir Mohamad. Walau bagaimanapuntransformasi
politik yang dicanangkan oleh kerajaan UMNO-BN bawah pimpinan Najib
Razak jelas merupakan hanyalah satu pembohongan semata
apabila tindakan pelajar Malaysiayang cuba mempraktikkan kebebasan
bersuara dan aktiviti intelektual dianggap menggangu ketenteraman dan
menghasut.
Malah, Aslam turut berucap di dalam sebuah forum bersama Speaker Selangor Hannah Yeoh dan saya pada 26 Mei 2014.
Setakat
ini, kesemua sesi forum ini dilihat tidak ada langsung sebarang agenda
hasutan ataupun melanggar kepentingan tanah air. Melainkan jika ada
seseorang yang mempertimbangkan untuk mengadakan satu pendebatan
terbuka yang mengancam negara.
Rakaman kedua-dua program tersebut boleh ditonton umumsecara atas talian masing-masing melaluihttp://bit.ly/1inGUQB dan http://bit.ly/1plet6A.
Bolehkah Perdana
Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Luar Negeri, Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di Australia and JPA menyatakan apa yang mereka
dapat dengan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai satu
siri forum mengenai hal ehwal semasa?
Bolehkah
mereka menjelaskan mengapa mereka menganggap bahawa forum-forum
ini menentang kepentingan Malaysia? Lebih-lebih lagi apabila forum
ini melibatkan tiga penggubal undang-undang yang dipilih rakyat –
Speaker dan Timbalan Speaker sebuah dewan undangan negeri serta Ahli
Parlimen Persekutuan.
Dalam
masa yang sama, Kerajaan Australia, Australian Capital Territory dan
Kedutaan Besar Australia di Malaysia serta pentadbiran ANU, perlu
mengambil perhatian bahawa seorang pelajar dari salah satu universiti
mereka sedang didakwa di bawah satu pendakwaan yang jelas merupakan
pendakwaan politik.
Saya berharap rakyat Malaysia di tanah air dan di luar negara berada dipihak Aslam dan memberikan sokongan kepada beliau.
Beliau
merupakan seorang anak muda Malaysia yang berani dan bijak yang
dianggap bersalah hanya kerana mempertahankan apa yang beliau percaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan