KUCHING: Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu, musim
kemarau sekarang akan berlarutan hingga Januari tahun depan, kata
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos
Mamit.
Beliau berkata apabila banyak hutan dibersihkan, pokok yang berbaki
tidak mencukupi untuk menukar karbon dioksida menjadi oksigen dan wap
air, yang akhirnya menyebabkan berlaku pemanasan global dan perubahan
iklim.
"Setiap tahun, sejumlah besar karbon dioksida memenuhi alam sekitar
dengan sebahagian daripadanya berasal dari Malaysia melalui kegiatan
industri," kata beliau.
Dawos berkata musim kemarau berpunca daripada fenomena El Nino apabila hujan berkurangan.
Oleh itu, katanya kegiatan pembersihan hutan perlu dikurangkan untuk mencegah pemanasan global dan perubahan iklim.
Sementara itu, pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere
Chiang berkata MPP akan terus menganjurkan safari rakit sebagai acara
dalam kalendar pelancongan kerajaan negeri.
Beliau berkata MPP memperuntuk RM1.5 juta bagi menambah baik infrastruktur untuk safari rakit.
"Kami juga menambah baik infrastruktur pelancongan lain bagi menarik
lebih ramai pelancong ke kawasan kami terutama di Padawan, yang kini
menjadi destinasi pelancongan popular," katanya.
Pasukan Anak Kampung dari Kampung Jabir dinobatkan sebagai 'Raja
Sungai' bagi acara perlumbaan utama sejauh 26km - Kategori Pakar.
Pasukan itu juga akan menyimpan trofi rebutan setelah memenanginya tiga kali berturut-turut.
Kira-kira 90 pasukan menyertai perlumbaan iti, yang berkurangan 30
pasukan berbanding tahun lepas, berikutan musim kemarau yang menyebabkan
air di sepanjang Sungai Sarawak Kiri cetek.
Perlumbaan itu, yang bermula di Kampung Annah Rais, Timurang dan Danu
serta berakhir di Kampung Git, menarik kehadiran banyak penonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.