SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata
beliau sedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan salah guna
kuasa dan pecah amanah yang dilontarkan oleh PKR hari ini.
Beliau berkata segala tuduhan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution adalah serius tetapi tidak benar.
"Jika Saifuddin mempercayai tuduhan-tuduhan itu, beliau harus segera
membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan
Bank Negara serta mendedahkan semua maklumat yang diperolehinya," kata
beliau.
"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mendorong spekulasi bahawa
tuduhan ini berbaur politik dan berniat jahat," tambah Khalid.
Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa beliau tidak memberikan
penjelasan mengenai dakwaan-dakwaan itu kepada pimpinan PKR meskipun
diminta berbuat demikian sebagaimana yang didakwa oleh Saifuddin.
Pagi tadi Saifuddin berkata laporan penuh mengenai kewibawaan Khalid
termasuk urusannya dengan syarikat swasta dalam pemberian projek membina
rumah mampu milik serta penjualan tanah kerajaan negeri akan diajukan
kepada pimpinan PAS dan DAP.
Laporan itu akan mengupas dalil kenapa PKR mengambil ketetapan Khalid
tidak berwibawa lagi untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan
harus diganti dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.