Halaman

Ahad, 3 Ogos 2014

MP: S'gor jangan cari alasan isu sabotaj air

MALAYSIAKINI



 



MP Klang Charles Santiago menyelar pentadbiran Selangor yang menurutnya bersikap seperti “orang awam yang tidak berupaya” dalam menangani aduan sabotaj ke atas projek mengepam air.

Katanya, kerajaan negeri berkuasa untuk menugaskan pasukan keselamatan sendiri dan bukannya menggunakan isu tersebut sebagai alasan kepada masalah air di Selangor.

"Kenapa anda mengadu... Anda bersikap seperti orang awam, tapi anda jadi kerajaan.

"Anda boleh tugaskan pegawai dari majlis perbandaran Kuala Selangor di sana, 24 jam sehari. Jangan cari alasan lagi,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Charles ditanya mengenai laporan mengenai usaha sabotaj ke atas projek mengepam air di Bestari Jaya awal pagi ini.

Usaha mengepam air di Sungai Selangor itu merupakan langkah berjaga-jaga sebagai tambahan kepada bekalan air dari hulu sungai yang susut ekoran musim panas sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Facebook hari ini meminta polis menyiasat dakwaan sabotaj ke atas bekalan air tersebut, yang merupakan kejadian kedua sejak Ahad lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.