Halaman

Khamis, 4 September 2014

Israel belanja RM 7.95 bilion serang Gaza

 
Peperangan hampir dua bulan itu telah meragut 2,100 nyawa penduduk Palestin.

israel tank



BAITULMUQADDIS – “ Israel membelanjakan lebih AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion) untuk kos operasi ketenteraan serangan di Gaza selama 50 hari,” kata Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon.

Israel menyerang lebih 6,000 sasaran, 5,000 sasaran menggunakan kekuatan udara dan kira-kira 900 serangan lagi dilakukan menggunakan aset di darat dan laut.

“Walaupun melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap pejuang di Gaza, kumpulan berkenaan masih mempunyai simpanan senjata yang besar,” akui Moshe.

“Kumpulan pejuang di Gaza termasuk Hamas mempunyai hampir 10,000 roket dalam simpanan mereka pada permulaan operasi ketenteraan.

“Kini mereka mempunyai satu perlima daripada simpanan berkenaan iaitu kira-kira 2,000 roket,” katanya.

Menurutnya, setiap kali sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome milik Israel memintas sebuah roket yang dilancarkan dari Palestin ia menelan belanja sebanyak AS$10,000 (RM31,810).

Peperangan hampir dua bulan itu telah meragut 2,100 nyawa penduduk Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.