Halaman

Khamis, 4 September 2014

Chegubard dakwa Zahid miliki koleksi jam tangan bernilai RM1.5 juta


Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan Menteri dan keluarga mereka terus memperagakan kemewahan.

RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD Retail Price USD$145,000



PETALING JAYA: Pengasas merangkap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi memiliki koleksi lima utas jam tangan mewah yang nilainya dianggarkan RM1.5 juta.

Menurutnya, beliau tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya Zahid kerana hampir setiap kali beliau muncul di khalayak, beliau memperagakan koleksi jam tangan mewah yang berbeza

“Jika di teliti lima koleksi gambar yang diperolehi dari media tempatan dan dari media di negara jiran telah memperlihatkan Zahid memperagakan jam mewah yang sangat bergaya.

RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE  Retail Price USD$109,000“Oleh kerana minat saya cuba kenal pasti jenis jam tersebut dan telah dikenal pasti harganya,” katanya dalam satu surat terbuka kepada Zahid yang telah dipostingkan dalam entri blognya yang terbaru di www.chegubard.blogspot.
com
.
Ujar Badrul lagi, tujuan beliau mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan Zahid adalah disebabkan beliau meminati dan terpegun dengan koleksi yang dimiliki oleh Zahid namun mengharapkan beliau tidak disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Harap-harap saya tidak disiasat dibawah Akta Hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini,” ujarnya.

Badrul atau lebih mesra dipanggil Chegubard juga ingin mendapatkan kepastian sama ada benar model jam yang dibandingkan itu sepadan dengan model jam tangan yang dipakai oleh Zahid.

“Saya andaikan tidak mungkin seorang menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya, maka jumlah koleksi lima jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya,” katanya.

RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN Retail Price USD$80,000Chegubard turut menjelaskan antara lima model jam tangan yang dipakai oleh Zahid adalah model IWC Perpetual Calendar yang nilainya dianggarkan sebanyak USD 41,100, Richard Mille RM011 Le Mans Rose Gold (USD 120,000), Richard Mille RM011 Asia Boutique Exclusive (USD 109,000), Richard Mille RM028 Diver Rose Gold (USD145,000) dan Richard Mille RM033 Extra Thin (USD80,000).

“Persoalannya ialah banyak wang Zahid, dan itu baru lima utas jam tangan dan banyak lagi gambar Zahid muncul dengan pelbagai jam tangan yang berbeza.

“Saya yakin, pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?” soalnya kepada Menteri Dalam Negeri itu.

Jelasnya, ketika rakyat berkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar Zahid memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam, belum diteliti lagi yang lain.

“Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan Menteri dan keluarga mereka terus memperagakan kemewahan,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau amat mengharapkan respon positif dari Zahid atas pertanyaan beliau dalam surat terbukanya dimana beliau juga merupakan peminat jam, “Cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.