Yang
Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A Samad dalam satu kenyataan
berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk menempatkan anggota Unit
Amal di kawasan Stesen LRT Pandan Indah yang sering kali berlaku
kejadian jenayah.Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, langkah itu sebagai inisiatif membantu pihak polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.
Beliau merujuk kes terbaru di mana seorang gadis telah ditetak di bahu dan lengan di kawasan itu pada 28 Ogos lalu.
"Rondaan akan bermula malam ini, 3 September 2014, dan saya sendiri akan turun bersama Unit Amal pada jam 8.00 malam.
"PAS Kawasan Pandan yakin anggota-anggota Unit Amal boleh membantu pihak Polis menjalankan tugas mereka dan meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut," katanya.- HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan