Halaman

Rabu, 3 September 2014

Ragut: Unit Amal PAS ronda di LRT Pandan

HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: Biarpun diugut diambil tindakan oleh kerajaan, Unit Amal PAS terus menunaikan khidmat sukarela mereka untuk membantu pihak polis menjaga keselamatan orang awam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A Samad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk menempatkan anggota Unit Amal di kawasan Stesen LRT Pandan Indah yang sering kali berlaku kejadian jenayah.

Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, langkah itu sebagai inisiatif membantu pihak polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.

Beliau merujuk kes terbaru di mana seorang gadis telah ditetak di bahu dan lengan di kawasan itu pada 28 Ogos lalu.

"Rondaan akan bermula malam ini, 3 September 2014, dan saya sendiri akan turun bersama Unit Amal pada jam 8.00 malam.

"PAS Kawasan Pandan yakin anggota-anggota Unit Amal boleh membantu pihak Polis menjalankan tugas mereka dan meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut," katanya.- HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.