Halaman

Rabu, 3 September 2014

'Rakyat Sabah, S'wak tak gentar ditangkap'

MALAYSIAKINI



Rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan gentar pada ancaman tangkapan demi perjuangan mendapatkan hak mereka, kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.

“Saya tidak berhasrat bersedia apa-apa dan saya hanya berdoa. Sebarang tangkapan baik untuk perjuangan Sabah dan Sarawak.

“Ia akan menjadi bertambah kuat dan akhirnya membawa ke arah pemisahan negeri-negeri Borneo,” kata Jeffrey sebagai reaksi ancaman terhadapnya selepas didakwa sebagai penyokong pemisahan.

Dalam kenyataan keras hari ini, beliau berkata, sebelum membuat tangkapan, pemimpin-pemimpin di semenanjung harus faham bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersuara untuk memulihkan hak-hak mereka, yang dokumentasi dengan baik.

“Jika asas untuk pembentukan Malaysia tidak dihormati, Sabah dan Sarawak mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk tidak terus bersama Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.