Rancangan Kita Lawan untuk mengadakan protes duduk selama seminggu di Dataran Merdeka telah digagalkan oleh anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyekat pintu masuk ke situ kerana ada 'pameran buku'.
Apabila sekumpulan kira-kira 40 peserta protes itu tiba di persimpangan yang terdekat dengan dataran itu hari ini, perarakan mereka tersekat oleh dua barisan benteng halangan plastik.
Lebih 30 anggota berpakaian seragam hijau, meletakkan benteng halangan itu untuk menyekat pintu masuk ke dataran, yang menjadi tempat tarikan pelancong dan juga peserta protes.
Ditanya mengapa DBKL menyekat akses ke dataran itu, seorang anggotanya sekadar menjawab: "Ada pameran buku."
Peserta protes itu bergerak dari Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman selepas berdemo selama setengah jam di hadapan pusat membeli-belah itu.
Protes duduk selama seminggu itu adalah untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran tangkapan yang banyak dilakukan oleh pihak polis terhadap penganjur Kita Lawan.
Chang berkata Kita Lawan telah memutuskan untuk tidak mahu memecahkan sekatan tersebut.
"Kami hanya mahu mencari ruang awam untuk menyuarakan pendapat kami. Oleh kerana mereka telah menyekatnya (Dataran), jadi tiada gunanya kita untuk pergi ke sana," katanya.
Chang juga adalah ahli jawatankuasa sekretariat Kita Lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan