KUALA LUMPUR: Semua orang Islam di Kelantan, termasuk kerabat diraja tertakluk di bawah hudud jika undang-undang Islam itu dilaksana di negeri ini, dakwa seorang wakil rakyat PAS hari ini
.
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak akan ada pilih kasih dalam pelaksanaan hudud di Kelantan kerana undang-undang mengutamakan keadilan tanpa mengira latar belakang sosial.
“Jika anda Muslim dan melakukan kesalahan di Kelantan, anda tertakluk kepada hudud.
“Tiada pengecualian,” katanya kepada wartawan apabila ditemui di lobi Parlimen yang dipetik oleh Malay Mail Online.
Golongan raja di Malaysia ada kekebalan daripada didakwa di Malaysia sehingga kelebihan ini dihapuskan ketika krisis perlembagaan 1993.
Walaupun tidak lagi kebal golongan raja dibicarakan di Mahkamah Khas.
Antara kritikan terhadap hudud ialah undang-undang itu tidak dilaksana secara saksama ke atas pesalah berlainan darjat seperti kerabat raja.
Nik Abduh tidak menjelaskan bagaimana hudud akan dilaksana ke atas keluarga diraja jika undang-undang itu dilaksana.
Pada 19 Mac, Kelantan yang ditadbir oleh PAS meluluskan pindaan penting dalam Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan pelaksanaan hudud di negeri pantai timur mojoriti Melayu itu.
Presiden PAS Datuk Seri Nik Abdul Hadi Awang minggu lalu memberi notis kepada Parlimen usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan