Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya orang
awam tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia akan mengundang
tindak balas daripada kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah membuat komen berhubung perkara itu bagi mengelakkan reaksi daripada penyokong kumpulan itu.
“Jadi saya ingin mengingatkan orang kita yang terus membuat komen-komen berkenaan agama Islam, tentang hudud, jangan buat sebarangan komen.
Kamu undang tindak balas daripada penyokong IS,” katanya.
Beliau berkata Malaysia mendapat ancaman daripada IS dan laporan risikan menunjukkan mereka merancang untuk membuat serangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.