Hukum hudud melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah menyertai parti-parti tempatan yang lain dalam membantah undang-undang hudud.
Presiden PBS Huguan Siou Joseph Pairin Kitingan berkata hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pelaksanaannya akan bercanggah dengan Kanun Keseksaan dengan penjenayah yang akan dihukum dua kali.
“Ramai orang berkata bahawa ianya ketinggalan… ia lebih ketara selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam tidak bersetuju dengan Hudud dan kami juga tidak bersetuju,” kata beliau.
Setiausaha Agung PBRS Johnson Tee semasa mesyuarat exco parti itu berkata, mereka telah bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
“Pelaksanaan hudud akan dilihat sebagai ‘berat sebelah’ terhadap sesebuah kepercayaan atau masyarakat. Apa-apa yang dianggap sebagai menentang semangat ini akan menjadi tidak produktif kepada pembangunan negara,” kata beliau.
PBRS berkata, pelaksanaan hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi Malaysia kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama.
“Pelaksanaan hudud dapat dilihat sebagai melawan prinsip perundangan ini,” kata Tee.
Sebelum itu, pemangku Presiden United Pasok Momogun KadazanDusun Murut Organisation (Upko) Wilfred Madius Tangau telah menyuarakan sentimen yang sama dengan menyatakan bahawa Upko membantah Private Member’s Bill mengenai hudud untuk melindungi Perjanjian Malaysia 1963.
Penerapan hudud di Kelantan pada Khamis lepas telah menyebabkan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS Sabah dengan ketuanya Jimmy Wong menyeru Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan kedudukan PAS dalam pakatan itu.
PAS yang memerintah Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Kod Jenayah Shariah II 1993 Khamis lepas dalam tindakan untuk membolehkan pelaksanaan hudud di wilayah pantai timur itu.
Undang-undang jenayah Islam itu melaksanakan hukuman rejam sampai mati dan pemotongan bahagian badan bagi jenayah seperti zina, murtad dan kecurian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.