Pelajar itu dan tiga beradiknya akan tinggal di asrama yang dikendalikan oleh biarawati Kristian
KOTA KINABALU: Pekebun kecil Orang Asal
Jilius Yapoo, bapa kepada pelajar perempuan 16 tahun yang terperangkap
dalam upacara penukaran agama baru-baru ini di SMK Kinarut, akhirnya
berjaya dipindahkan ke SMK Tun Fuad Stephens di Kiulu yang terletak 40
km dari Kota Kinabalu.
Kini, ketiga-tiga anaknya tinggal di asrama yang dikendalikan oleh biarawati Kristian sekaligus menamatkan sebarang spekulasi berhubung isu isu dihentikan.
“Dakwaan bahawa guru tersebut, seorang ustazah, yang menyebabkan pelajar itu menukar agama berasal dari Semenanjung. Spekulasi sedemikian boleh mencipta jurang antara rakyat Sabah dan Semenanjung dan mencipta kebencian,” kata Presiden United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko), Wilfred Madius Tangau.
Ustazah tersebut dan suaminya seorang guru, telah dipindahkan ke sekolah agama di Tuaran dan Inanam masing-masing. Kedua-dua sekolah itu bernama SMK Agama Tun Ahmadshah. Pengarah Pendidikan Sabah Jame Alip telah mengesahkan bahawa kedua-dua guru itu adalah orang Islam tempatan dari Tuaran.
“Ustazah tersebut pada mulanya dipindahkan dari Kinarut ke sebuah sekolah di Tuaran tetapi beliau meminta untuk dipindahkan ke sekolah agama selepas dia mendakwa diganggu di Facebook dan melalui SMS,” kata Jame. “Gambarnya juga turut disebarkan di media sosial.”
Cerita Jilius mendapat perhatian media selepas beliau membuat laporan polis terhadap SMK Kinarut, pengetua dan ustazah sekolah itu.dengan mendakwa anaknya telah dipaksa atau ditipu untuk mengucapkan kalimah syahadah, pengakuan kepercayaan kepada Islam sehinnga menggunakan hijab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan