Rakyat negara ini berhak untuk bersuara,
termasuk medesak mereka yang memegang jawatan di dalam pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) jika timbul rasa tidak puas hati.
KUALA LUMPUR: “Saya tak marah mereka nak desak saya letak jawatan kerana itu hak merekalah”
Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila ditanya berhubung tindakan gabungan #Kita Lawan yang merancang untuk menganjurkan kempen ‘Pecat IGP’ bermula Sabtu ini.
Memetik, laporan Mstar, Khalid berkata atas nama demokrasi dan kebebasan, penganjur berhak mengadakan perhimpunan dengan syarat segala tindakan mereka itu mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
“Tak kira suruh IGP letak jawatan atau apa saja, tapi sebarang perhimpunan ada peraturannya, ada undang-undangnya yang mengawal semua itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Tambah beliau lagi, rakyat negara ini berhak untuk bersuara, termasuk medesak mereka yang memegang jawatan di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika timbul rasa tidak puas hati.
Sebelum ini, penganjur perhimpunan #Kita Lawan merancang mengadakan kempen selama seminggu di Dataran Merdeka sebagai tanda tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan polis yang melakukan beberapa siri penahanan terhadap aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Kempen tersebut akan bermula pada 21 Mac sehingga 28 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan