Halaman

Selasa, 21 April 2015

Jika kerajaan negeri ikhlas selesaikan segera isu elaun guru KAFA, kata penganalisis

Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
GOMBAK: Isu kenaikan elaun guru KAFA tersenarai dalam janji manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada pilihan raya umum yang lalu hanyalah isu politik, kata Profesor Datuk Dr Sidek Baba.
 
Bagaimanapun, penganalisis politik itu berpendapat isu tersebut perlu dipandang berat oleh kerajaan negeri dan bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencari titik penyelesaian berhemah.
 
"Isu elaun Kafa ini isu politik, sebab itu janji daripada manifesto kerajaan negeri Selangor dulu. 
 
"Walaupun ia merupakan isu politik...perkara tersebut kena dipandang berat.
 
"Dan oleh kerana JAIS adalah badan yang menguruskan perjalanan Kafa sudah tentu kena ada persefahaman yang tinggi dengan kerajaan negeri kalau itu benar disebut dalam manifesto PRU 13," katanya kepada Antarapos.
 
Sebelum ini, seorang guru KAFA, Ekhsan Bukharee Badrul hadir ketika sidang persidangan DUN Selangor menggesa kerajaan Selangor menaikkan elaun guru KAFA sepertimana yang dijanjikan dalam menisfesto Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
 
Bagaimanapun, tindakan guru tersebut dilihat mengundang kekecohan apabila beliau dihalang daripada berjumpa dengan Menteri Besar Selangor.
 
Terbaharu, Ekhsan mendakwa telah dikenakan surat tunjuk sebab oleh JAIS atas beberapa alasan antaranya mencetuskan provokasi.
 
Mengulas lanjut Sidek Baba berkata, jika benar Menteri Besar, Azmin Ali mempunyai budi bicara yang tinggi beliau sewajarnya bertentang empat mata dengan guru berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
 
"Kalau MB ada budi bicara yang tinggi dia (Azmin) boleh panggil Ekhsan bincang secara ikhlas, adik beradik apakah benar contohnya pada PRU lalu ada tawaran kepada 6,000 lebih guru Kafa untuk dinaikkan dalam sekitar RM 200 sahaja, tidaklah banyak.
 
"Guru bukan sekadar mengajar begitu sahaja, tidak. Guru akan buat lebih daripada yang sepatutnya. Jadi, adalah bagi saya kewajaran untuk kita meraikan mereka dan bukan dihalau.
 
"Ini soal budi bicara, kalau kita mempunyai kualiti ihsan yang tinggi kita tak buat begitu, memalukan dan mengaibkan orang bukanlah sesuatu hal yang mudah. Lagi pun dia (Ekhsan) seorang guru.
 
"Kalau boleh pertimbangan itu diberilah," tegasnya.
 
Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan JAIS yang memperbesarkan perkara ini sehingga mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ekhsan.
 
"Jadi, kalau isu ini dibesar-besarkan sehingga mahu mengambil tindakan kepada Ekhsan ia tidak elok dari segi guru-guru Kafa sendiri. Dia (Ekhsan) memberanikan diri (menuntut janji kerajaan negeri).
 
"Apa yang Ekhsan lakukan walaupun dia hanya guru sandaran kesanya tampak. MB akan timbangkan, Exco Agama akan buat penilitian, mekanisma pembayaran akan diteliti...ada kesan.
 
"Maknya, kalau ada 6,000 lebih guru Kafa itu kalau mengatakan perbuatan tidak memberi kesan...ada kesan, cuma mungkin Mais dan Jais melihat isu itu maknanya dari segi cara, "tambahnya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.