Halaman

Selasa, 21 April 2015

Umno Pulau Pinang yakin sentimen pengundi Cina sudah berubah

Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Umno-Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh yakin sentimen pengundi Cina akan berubah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mei ini, demikian menurut Ketua Umno Bahagian Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
 
Ujarnya keyakinan ini disandarkan kepada kesedaran orang Cina bahawa mereka tidak mendapat manfaat daripada kerajaan negeri hari ini yang disifatkan mengutamakan keuntungan semata-mata. 
 
"Kerana beberapa perkara, beberapa undang-undang yang diperkenalkan, kos sara hidup yang meningkat, harga rumah yang makin tinggi dan macam-macam caj yang dikenakan. 
 
"Jadi orang Cina mula sedar bahawa kerajaan DAP ni seperti sebuah syarikat korporat yang lebih mementingkan keuntungan diterjemahkan kebanggaan itu melalui jumlah yang dapat dikutip daripada rakyat. 
 
"Jadi yang menjadi mangsa hari ini adalah rakyat, orang Cina yang terlibat dalam perniagaan sedar mereka ditindas, ditekan oleh kerajaan DAP ketika ini," katanya yang ditemubual secara eksklusif bersama Antarapos.
 
Beliau turut mengakui walaupun sukar Umno-BN untuk mendapat sokongan pengundi Cina, tetapi parti itu tetap positif untuk meningkatkan sokongan dalam PRK kali ini.  
 
"Saya yakin akan ada perubahan, kalau dulu hanya 8% orang Cina mengundi BN. Saya rasa angka itu mungkin akan berubah lebih sedikit, kalau pun sasaran kita 30% tak tercapai, tapi kalau kita dapat 15-20% lebih baik daripada yang dulu," ujarnya.
 
Ketika ditanya mengenai desas-desus nama beliau bakal dicalonkan bagi kerusi Permatang Pauh, menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Umno untuk menentukan calon.
 
Namun apa yang pasti calon yang dipilih itu merupakan anak muda tempatan yang bebas daripada skandal.
 
"Apa yang saya boleh maklumkan bahawa Umno-BN Permatang Pauh akan mengetengahkan calon anak tempatan di kalangan kepimpinan dalam bahagian, orang muda dan kita yakin boleh diterima semua masyarakat dalam Permatang Puah. 
 
"Saya juga yakin calon kita ini adalah yang terbaik, yang bebas daripada segala skandal, isu dan sebagainya. Matlamat saya sebagai Ketua Umno Bahagian adalah untuk memastikan BN menang kali ini. 
 
"Jadi soal calon ini serah kepada pucuk pimpinan tetapi yang terbaik kita dah kemukakan," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.