HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Mei 2015

Badan khas PAS pantau Tabung Haji

MALAYSIAKINI


 


Susulan kontroversi pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) – Tun Razak Exchange (TRX) – PAS mengambil inisiatif menubuhkan badan khas bagi memantau perjalanan Tabung Haji.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jawatankuasa bertindak, melibatkan pakar pelbagai sektor dan wakil pendeposit, akan ditubuhkan Ahad ini.

“Jawatankuasa bertindak itu nanti akan memantau, mengumpul maklumat, menganalisa, dan bertindak demi mempertahankan hak para pendeposit Tabung Haji daripada menjadi mangsa akibat kegagalan pihak kerajaan menguruskan 1 MDB,” katanya.

Sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah TRX, sebuah projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Blog itu mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

Sebagai reaksi, Tabung Haji dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga itu selain berkata The Benchmark0 memanipulasi fakta pelaburannya yang mengikut peraturan dan mendapat kelulusan betul serta teratur.

Institusi mulia umat Islam

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata isu ini perlulah dipandang serius kerana Tabung Haji merupakan “institusi mulia yang dimiliki umat Islam di Malaysia”.

“Amatlah tidak wajar, wang simpanan hasil titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah 1MDB yang juga merupakan syarikat milik kerajaan,” katanya.

Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas), ketika mengulas dakwaan penyelamatan 1MDB oleh Tabung Haji, berkata terdapat perbezaan antara penyelamatan dan pelaburan.

Mahfuz juga membangkitkan persoalan pendekatan wasatiyyah (kesederhaan) dan maqasid syariah (tujuan syariah) yang “dicanang siang malam” sebelum ini.


Tiada ulasan: