HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mei 2015

Bos 1MDB, bekas CEO minta tangguh jumpa PAC

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda tidak akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai agensi itu esok, demikian disahkan oleh pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sebelum ini, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Arul dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmi, yang juga dijadualkan memberi keterangan esok, telah meminta lanjutan masa.

Nur Jazlan berkata alasan yang diberikan ialah kedua-dua kini dalam lawatan kerja ke luar negara.

Mereka telah meminta penangguhan sekurang-kurangnya 30 hari untuk menyediakan maklumat dan dokumen yang diminta oleh PAC.

Bagaimanapun, beliau berkata PAC masih belum memutuskan bila untuk memanggil Arul dan Shahrol bagi pendengarannya, termasuk sama ada atau tidak, untuk memberikan tempoh 30 hari penuh diminta itu.

"Itu (tempoh masa) yang mereka minta, tetapi kita masih mahu mereka datang. Ia terpulang kepada kita sama ada atau tidak untuk menerima 30 hari itu," katanya dalam sidang media hari ini selepas mempengerusikan pendengaran PAC terhadap program pembasmikan kemiskinan '1Azam'.
 
 

Tiada ulasan: