Roketkini.com
Pembongkaran klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri
‘menghentam’ 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan secara tidak langsung
Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih daripada sekadar kemarahan
biasa-biasa.
Berdasarkan kepada penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid
Hamidi, kita sepatutnya boleh menjangkakan betapa bergeloranya parti
UMNO ketika ini.
Menurut laman web pro-UMNO, Zahid mengakui ‘dalang’ yang membuat
rakaman ucapan Tan Sri
Muhyiddin Yassin itu adalah ahli parti itu
sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ‘dalang’ itu adalah pemimpin UMNO Segambut.
Bukan calang-calang orang. Jika itu tidak cukup meyakinkan, sila lihat
fakta ini: Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
Sekarang, pertimbangkan pula fakta ini: Memetik kata-kata Zahid
sendiri, individu itu adalah “seorang timbalan ketua bahagian yang tidak
sepatutnya hadir.”
Jika itu masih belum meyakinkan – lagi – sila fahami ayat Zahid yang berikut: “Sekretariat (kursus tersebut) tidak tahu menahu.
Persoalan yang boleh ditanyakan tanpa perlu penganalisis berpangkat profesor pun ialah:
- Bagaimana sekretariat kursus boleh “tidak tahu-menahu”? Adakah rakaman itu dibuat dengan kamera rahsia? Tentulah tidak
- Adakah rasa tidak puas hati kepada Najib dan 1MDB itu terhad
kepada “timbalan ketua bahagian” itu semata-mata? Tentulah tidak, kerana
sorakan penonton sebagai reaksi cuapan Muhyiddin kedengaran ramai.
Mungkin ratusan orang
Dan lebih penting: Bagaimana seorang timbalan ketua bahagian “yang
tidak sepatutnya hadir” boleh masuk ke majlis itu, duduk di barisan
depan, membuat rakaman (dengan peranti yang bersaiz besar) dan
menyebarluaskan klip berkenaan?
Kata Zahid lagi, sebelum ini kursus berkenaan tidak menyediakan
slot ucapan perasmian atau penutupan. Isunya ialah: Bagaimana Muhyiddin
boleh berdiri di pentas itu dan memberikan ucapan penuh bersemangat itu?
Kata Zahid, Muhyiddin hadir atas kapasiti ketua bahagian Umno.
Jawapan Zahid diakhiri dengan nasihat kepada ahli parti: “Sama2 berusaha utk meredakan keadaan.”
Reda? Ye lah tu! – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.