Halaman

Khamis, 21 Mei 2015

Enam individu terlibat IS didakwa hari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Seramai enam daripada 12 individu yang ditahan pada 25 April lalu kerana dipercayai terlibat dalam rancangan menyerang lokasi strategik di ibu negara serta membuat bahan-bahan untuk letupan akan didakwa hari ini.
 
Kesemua individu tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang kira-kira pukul 2.30 petang ini dan akan didakwa di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.
 
26 April lalu, polis berjaya menggagalkan percubaan melakukan 'huru-hara' dalam negara selepas menahan 12 individu itu dan merampas bahan letupan yang dijumpai bersama-sama mereka.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kumpulan itu merancang serangan ke atas beberapa lokasi strategik di Lembah Klang. 
 
Sasaran, menurut risikan polis adalah bangunan kerajaan yang "strategik dan penting".
 
Individu yang ditahan terdiri dari seawal umur 17 tahun. 12 yang ditangkap termasuk pelajar keciciran sekolah, pelajar universiti, seorang ahli perniagaan dan juru elektrik.
 
Mereka ditangkap di bawah peruntukan anti-keganasan mengikut Kanun Keseksaan.
 
Sehingga kini, lebih 90 orang ditahan polis kerana didakwa mempunyai hubungan dengan IS.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.