KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan harga
getah asli akan membina jalan raya getah, kata Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas.
"Kita perlu meningkatkan penggunaan getah dan kerajaan menyasar
menggunakan 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah tahun ini,"
katanya sambil menambah Indonesia dan Thailand juga bersetuju melakukan
perkara yang sama.
Uggah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Sesi Khas
peringkat menteri Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC)
di sini, Jumaat.
Negara pengeluar utama Thailand, yang mengumumkan rancangan yang sama
untuk menggunakan getah bagi jalan raya, laluan pejalan kaki dan
takungan air, menggunakan 3.5 tan metrik getah asli bagi setiap 1
kilometer jalan raya.
Uggah juga berkata harga getah Malaysia dijangka pulih semula tahun ini
mendapat rangsangan daripada permintaan yang kembali semula dari China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan