SINAR HARIAN
HASRAT ratu skuasy negara, Datuk Nicol David
mempertahankan gelaran Terbuka British tahun ini berkecai apabila
terkandas di peringkat separuh akhir di tangan pemain England, Laura
Massaro, di Arena Airco, Hull, baru-baru ini.
Dalam perlawanan separuh akhir, ratu skuasy negara itu kalah 3-2 kepada pemain tuan rumah, yang juga pilihan ketiga kejohanan, Laura Massaro dalam saingan sengit selama 77 minit.
Nicol, selaku pilihan utama, memulakan saingan dengan langkah kanan apabila memenangi dua set pertama 11-4 dan 11-9.
Bagaimanapun, pemain berpengalaman dari England itu mula mendapatkan rentak dan bangkit semula untuk memenangi tiga set berikutnya dengan 11-9, 12-10 dan 11-8.
Sebelum ini, seorang lagi wakil negara, Delia Arnold, turut mengalami nasib sama apabila tumpas 11-3, 11-7 dan 11-6 kepada pemain Perancis, Camille Serme dalam satu lagi pertarungan separuh akhir.
Sebagai rekod, Nicol menjuarai Terbuka British sebanyak lima kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.
Ibarat satu pertempuran epik
Akui anak jati Pulau Pinang itu, dirinya begitu kecewa selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Laura dalam misi memburu slot ke pentas final.
"Apa boleh buat, ini saat paling mengecewakan kalah 3-2 kepada pemain tuan rumah, Laura. Ini satu pertempuran epik dan sengit pernah saya bermain.
"Terima kasih tidak terucap kepada rakan sepasukan dan sahabat handai yang tidak pernah putus memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.
Delia hampir lakar kejutan
Sementara itu, Delia gagal meneruskan aksi cemerlang dalam Terbuka British 2015 apabila terkandas pada saingan separuh akhir kepada pemain Perancis, Camille dalam straight set 11-3, 11-7 dan 11-6 pada pertarungan selama 33 minit.
Bagaimanapun, mara ke separuh akhir merupakan pencapaian terbaik Delia selepas melepasi pusingan kelayakan untuk ke undian utama kejohanan.
Pemain berusia 29 tahun itu melakukan kejutan di undian utama apabila menyingkirkan pemain nombor tiga dunia dan pilihan kelima, Alison Waters dari England pada pusingan pertama, Selasa lalu.
Pada pusingan kedua, Delia meneruskan peranan sebagai ‘pembunuh gergasi’ apabila menumpaskan pilihan ke-11, Annie Au dari Hong Kong.
Delia melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia, dari Mesir, Raneem El Weleily 4-11, 16-14, 10-12, 11-6 dan 12-10 pada saingan suku akhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan