Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan penyebaran maklumat palsu berhubung gangguan bekalan air 36 jam yang kononnya akan berlaku di seluruh Selangor.
“Makluman tersebut adalah tidak benar sama sekali,” menurut SYABAS.
Dalam kenyataannya hari ini, SYABAS berkata maklumat palsu itu kembali tersebar setelah insiden sama sebelum di media sosial, yang mengundang panik pengguna.
Justeru bagi mengelakkan kekeliruan, kata SYABAS, pengguna disaran memuat turun aplikasi mySYABAS untuk Android dan telefon Apple atau melayari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.