SETIAP negara yang menghadapi situasi kritikal
terutama dalam keadaan darurat berhak tidak mematuhi peraturan
terkandung dalam perjanjian perdagangan yang ditandatangani.
Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo berkata, perkara tersebut boleh dilaksanakan jika bekalan ubat-ubatan sesebuah negara tidak mencukupi bagi menampung keperluan domestik akibat darurat.
“Jika negara tersebut menghadapi masalah bekalan tidak mencukupi kerana ubat-ubatan tersebut telah dipatenkan, mereka boleh mengeluarkan bekalan ubat tersebut secara generik hanya untuk kegunaan domestik sahaja.
“Tetapi, harus diketahui bekalan tersebut tidak boleh diguna untuk tujuan eksport,” katanya ketika sesi soal jawab sempena lawatan ke Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Azevedo berkata, tindakan tersebut hanya boleh diambil setelah negara terlibat gagal mendapat persetujuan daripada negara pengeluar ubat-ubatan tersebut dalam mendapatkan bekalan pada harga yang munasabah.
“Terdapat kebenaran dalam perjanjian perdagangan antarabangsa untuk mengambil tindakan tersebut hanya jika negara pengeluar enggan membenarkan pelanggaran paten ubat-ubatan keluaran mereka.
“Maka, negara yang menghadapi masalah bekalan akibat darurat boleh mengambil tindakan sendiri bagi mengeluarkan ubat-ubatan untuk menampung keperluan domestik mereka,” katanya ketika menjawab soalan berhubung paten dan hak cipta dalam rangka perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Menurut Azevedo, perjanjian perdagangan antarabangsa seperti TPP dilihat penting bagi memastikan sistem perdagangan global terus bernafas dan rancak.
“Jika kita lihat kepada TPP, terdapat beberapa bidang yang sedang rancak diusahakan iaitu liberalisasi perdagangan dari segi akses pasaran, meningkatkan perkhidmatan, pertanian dan lain-lain lagi,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia menjadi ahli WTO sejak bertahun lalu dan negara mendapat manfaat daripada persekitaran perdagangan global yang telus.
“Jadi saya berharap sesi perkongsian bersama Azevedo dapat memberi kita pemahaman yang jelas mengenai sistem WTO bersama faedahnya dalam membangunkan negara termasuk Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.