SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilaporkan akan menawarkan
peluang kedua kepada pelajar Malaysia yang dihukum penjara kerana
memiliki bahan lucah di London.
Menurut portal media tempatan, ahli majlis dan pengerusi Mara yang berbincang secara tidak rasmi dilaporkan bersetuju menawarkan tawaran pengajian kepada Nur Fitri Azmeer Nordin di institusi Mara tempatan.
"Kita akan berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, salah satu dengan memberi peluang untuk dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara," kata Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin kepada sebuah portal, hari ini.
Difahamkan, pelajar itu hanya perlu berada di penjara selama empat bulan selepas ditahan sejak November lepas.
Untuk rekod, Mahkamah Southwark Crown di London menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kepada Nur Fitri bermula dari tarikh beliau ditahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan