PM Bangladesh menyelar rakyatnya keluar dari negara itu kerana ia telah merosakkan imej dan memalukan nama Bangladesh.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menyifatkan rakyatnya yang meninggalkan negara itu atas faktor ekonomi dan menjadi pendatang haram sebagai sakit jiwa.
Beliau mendakwa, tindakan itu telah merosakkan imej dan memalukan nama Bangladesh.
“Terdapat kerja yang elok untuk mereka, tetapi mereka masih meninggalkan seperti negara ini dilanda bencana”, katanya yang dipetik daripada agensi berita milik kerajaan, Sangbad Sangstha.
Menurut Shaikh Hasina, mereka yang bertindak menjadi pendatang sebenarnya mempunyai lebih baik sekiranya terus tinggal di Bangladesh.
Ia kenyataan pertamanya susulan pendedahan ribuan pendatang dari Asia Selatan yang terkandas di Teluk Bengal dan Selat Melaka.
Sebahagian besar mereka terdiri daripada pelarian Rohingya yang dinafikan kerakyatannya oleh Myanmar.
Tidak terkecuali pendatang tanpa izin dari Bangladesh yang melarikan diri daripada kemiskinan di negara sendiri.
Awal bulan ini, lebih 3,500 pendatang yang terkandas berjaya diselamatkan di luar pesisir pantai Malaysia, Indonesia, Thailand dan Bangladesh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan