PERMATANG PAUH - Kegagalan PKR mengemukakan manifesto kepada pengundi
Permatang Pauh didakwa menunjukkan parti itu tidak mempunyai perancangan
untuk membangunkan kawasan ini.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan PR bahawa kerajaan negeri mampu membantu menjaga kawasan itu bukan alasan yang bertanggungjawab untuk mengelak menyediakan aku janji kepada pengundi.
Menurutnya,penduduk Permatang Pauh berhak mengetahui perancangan yang akan dilakukan oleh calon PKR jika menang pilihan raya ini selain membuat perbandingan dengan manifesto BN.
"Rakyat nak tahu khidmat yang boleh diberikan, pembangunan yang akan dibawa jika menjadi ahli parlimen nanti.
"Kegagalan menyediakan manifesto seolah-olah mempermainkan pengundi di sini dan mereka seperti tidak ada fokus untuk Permatang Pauh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan