PUTRAJAYA - Gara-gara tumpuan dunia terarah pada kumpulan militan IS,
penderitaan rakyat Islam di Syria dan Palestin kian dilupakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masyarakat Islam kini 'disibukkan' dengan isu-isu kumpulan militan seperti IS yang mencuri tumpuan dunia.
"Dalam pertembungan yang begitu tajam atas nama Islam, kita lupa dengan Palestin...kita lupa dengan negara umat Islam...kiblat umat Islam.
"Shingga mereka hari ini, seolah-olah macam tidak ada pengharapan permohonan pertolongan daripada umat Islam kerana kita disibukkan dengan gerakan-gerakan militan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia, Malaysia 2015, di sini, hari ini.
Muktahir ini, kumpulan militan IS antara yang berjaya mencuri tumpuan dunia dengan tindakan-tindakan kejam mereka seperti membakar, membunuh dan menculik dengan melaungkan perjuangan itu kononnya atas nama Islam.
Menurut Jamil, penggunaan perkataan yang maksudnya baik dalam Islam jelas membuatkan masyarakat dunia bersangka negatif terhadap Islam hanya kerana tindakan kelompok-kelompok ini yang menjaja nama Islam.
"Apabila kelompok-kelompok militan ini mengaku mereka juga ahli sunni dan sebagainya, mereka wujudkan atas nama-nama yang tertentu. Kita juga tidak mahu nama-nama baik seperti jihad... nama-nama yang membawa makna kemulian dalam Islam tetapi akhirnya oleh sebab kesilapan pelaksanaannya atau kesilapan mereka yang menggunakan kalimat ini diletakkan atas label mereka dan sehingga orang nampak betullah begitu.
"Sehingga sampai tahap perjuangan membunuh orang tanpa hak apatah lagi mereka membunuh sesama Islam atas kalimah atas nama Islam dalam perjuangan negara Islam, negara Islam Iraq dan Syria dan pelbagai lagi nama-nama lain, tapi berlabelkan Islam di situ, maka, dia tak boleh sewenang-wenangnya," katanya.
Ujarnya lagi, menghukum dengan cara sendiri berlaku di beberapa buah negara Islam yang kini mendapat perhatian dunia.
"Peperangan hanya boleh disiytihar oleh kerajaan bukan atas nama mana-mana individu dan menghukum seseorang dengan cara tersendiri.
"Inilah yang berlaku dalam beberapa buah negara umat Islam terutama di Syria, Yaman, Iraq dan beberapa buah negara lain," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan